Quantcast
Channel: ♥ FarahGlanzDotCom ♥
Viewing all articles
Browse latest Browse all 112

OUR 13TH WEDDING ANNIVERSARY | ESCAPE TO KUCHING, SARAWAK | PART 1

$
0
0
Assalamualaikum..
Amboiii tajuk kemain..omputih sangat...hahaha..ala tajuk jer pun! asal faham sudah, yer dak....Ok hari nie meh nak throwback citer percutian i sempena ulang tahun perkahwinan i dan edy yang ke-13 tahun (2015)...

Fuh! sedar tak sedar dah 13 tahun weiiiiii..sumpah tak terasa langsung masa berjalan..rasa macam baru semalam jer akad nikah..tup-tup dah pun 13 tahun..huhuhu...dan tahun (2016) nie pulak adalah tahun yang ke-14... Alhamdulillah..i'm blessed! 

Ok back to story...kalau ada yang ingat lagi, last year i ada blog pasal i nyaris2 tak jadi nak pergi bercuti ke Sarawak.. sebab masa tu negara kita tengah dilanda berjerebu yang teruk..tapi disebabkan semua i dah booking, so nak tak nak, plan tetap kena diteruskan jugak...

and Alhamdulillah sepanjang kat sana..cuaca sangat-sangat okey..dah tak berjerebu lagi dah..heee...haishh, nasib baik kan i tak cancel, kalau tak confirm menyesal..sebab tempat yang kami stay nie sangat-sangat ohsem!!!


pada hari kejadian, flight kami dari Penang pukul 10.00pagi..transit kejap kat K.L..lepas tu dalam tengahari baru sampai kat Kuching..kalau naik MAS memang kena transit yer sebab tak dak direct flight dari Penang..=D





Budak tecik manjer nie dok biasa dah naik flight.. so tak banyak ragam la dia..cuma sekarang dia dah pandai mintak macam-macam.. nak dok kat tepi tingkap la..nak tengok movie la..haishh layan jer la..

tak sempat nak krohhh..krohh..akhirnya kami touchdown di Kuching lebih kurang jam 1.30 petang...lepas tu settle kejap apa2 yang patut, then terus bergegas ke arrival hall...sebab kami dah janji dengan kawan edy..sepanjang 3H2M kat Kuching kami akan sewa kereta dia...

tapiiii last minit spoil pulak dah..kawan edy call bagi tahu yang dia ada hal kecemasan..tak boleh nak datang hand over kereta dekat kami..kalau boleh pun around pukul 4.00ptg..OhmaiiiiiiGod!!..lambat sangat tu..huhuhu..tak kan nak tunggu kat airport sampai 2 jam lebih..aduiii tak sanggup kot!

so i mintak edy cancel jer dengan kawan dia tu..then i terus google cari contact no car rental..kalau dah last minit nie jangan harap la boleh dapat kereta yang kita nak..i kalau boleh prefer kereta viva jer...sebab kami 3 beranak jer pun..tapi tu lah dah last minit,  kereta viva tak available pulak..so terpaksa lah redo dapat kereta proton iswara sedan yang lama...Hurmmm...nasib baik la walaupun kereta lama tapi condition dia ok..aircond pun kuat..sehari sewa RM80.00..ok la kan dari tak de...

Okay settle bab kereta sewa...kemudian, kami pun meneruskan perjalanan ke.....


(Picture kredit google)

Damai Beach Resort !!!! tahu tak, punya la susah i nak dapat booking tempat nie tau.. kalau bilik standard i rasa no problem la.. tapi kalau nak chalet macam yang i stay nie, i suggest better booking 3 or 4 bulan in advance...sebab chalet dia limited unit jer.. i memang prefer nak stay kat chalet..sebab lebih privacy and sesuai la untuk horneymoon kannn.. yang bestnya lagi, chalet nie dekat dengan laut! baru best dapat dengar deruan ombak memukul pantai..cewah! =D





masa kami sampai, chalet kami belum ready lagi..sebab ada group baru check-out..so sementara tunggu chalet ready, kami jenjalan la dulu ambik angin kat kawasan sekitar sini...serius i dah jatuh cinta dengan Damai Beach Resort ni..kenapa jatuh cinta???nanti i sambung lagi na..Bye =D


With Love, 
FarahGlanzDotCom





Viewing all articles
Browse latest Browse all 112