Assalamualaikum...
Fuh! lega entri-entri review yang sekian lama tertangguh dah pun settle.. so now baru lah boleh sambung citer percutian ke Kuching, Sarawak dengan hati yang tenang..stress tau fikir banyak lagi citer percutian i yang dok tertunggak tu..harap2 boleh settle la sebelum masuk tahun 2017 nanti..huhuhu
Okay..back to the story..hari nie i nak share tentang 3 tempat makan best yang wajib i singgah kalau balik ke Kuching, Sarawak..
1. KOPI O' CORNER
![]() |
picture credit google |
Lokasi Restoran Kopi O' Corner nie terletak di Jalan Satok Kuching dan dibuka 24 jam setiap hari.. tempat nie sentiasa penuh dengan orang ramai.. so kalau boleh before nak datang sini sila la booking dulu yer..
antara sebab restoran nie menjadi tarikan adalah kerana kat sini ada menyediakan hidangan masakan Sarawak yang terkenal seperti Laksa Sarawak, Mee Kolok, Mee Jawa dan banyak lagi..
selain hidangan masakan Sarawak..kat sini jugak terdapat hidangan masakan yang terkenal di Indonesia iaitu Nasi Ayam Penyet.. seperti di dalam gambar nie adalah Nasi Ayam Penyet Bakar.. pilihan Edy...
manakala menu pilihan i pulak adalah Nasi Ayam Penyet Original.. sedap sangat tau..ayam goreng dia panas-panas..memang membuka selera betul..dari segi harga pulak, don't worry sangat berpatutan..=D
sempat lagi Edy berjumpa dengan kawan-kawan sekolah dia kat sini..=D
Overall Rating:- 8/10
2. Serapi Corner
![]() |
picture credit google Serapi Corner nie terletak di Lot 2051, No 231, Blok 233 KNLD, Rich Commercial Centre, Pekan Batu 7,Kota Sentosa, 93520 Kuching, Malaysia.. |
setiap kali balik ke Kuching, Sarawak, kami tak pernah miss singgah kat restoran nie..dalam banyak-banyak tempat yang i try, mee kolok kat restoran nie adalah yang paling sedap sekali..tahap sedap dia sampai boleh makan 3 mangkok ok..trust me..memang sedap! =D
Overall Rating:- 9/10
Overall Rating:- 9/10
3. DP Ice Cream Gula Apong
Lokasi tempat nie adalah di Jalan Chan Chin Ann, 93100 Kuching, Sarawak, Malaysia..berdekatan dengan Hotel Kapit..tapi kalau u all tak nak sesat, sila lah guna waze..dah sampai nanti bersiap sedia la untuk beratur panjang.. sebab ramai betul peminat aiskrim gula apong nie tau.. dengarnya ada banyak branch..tapi kat sini yang terbaik sekali..
FYI, ais krim gula apong ada dua saiz mangkuk..kalau cup kecik harga RM2 manakala cup besar RM5.. ada tiga pilihan topping iaitu kacang, Nestum dan Oreo.. rasa dia manisssss...tapi sedap!