Assalamualaikum...
bersambung dari entri -----> SINI
Last day dekat Damai Beach Resort.. pagi tu macam biasa pergi breakfast dulu.. tapi tempat breakfast dah bertukar..bukan lagi dekat The Tree Cafe...tapi di The Satang Cafe..sebab The Tree Cafe tu temporary closed for renovation.. kiranya i bertuah la sebab dapat merasai pengalaman breakfast di kedua-dua buah restoran resort nie..but honestly i lagi suka restoran yang kat atas pokok tu sebab view dia oshem!!!
The Satang Cafe pun not bad jugak.. view dia pun oshem jugak..boleh breakfast sambil mengadap main swimming pool dan laut yang terbentang luas tu haaa...
selection of food pun okey la..menu lebih kurang sama jer macam yang kami breakfast semalam..tapi yang bestnya hari nie ada yougurt..hahaha
kami prefer dok kat luar..open air sikit kan.. asyik dok dalam aircond jer..naik lemau habis badan...dok kat luar tak panas pun..berangin sejuk jer...
my simple breakfast..jadi la habuan nak lapik perut sebelum nak terjun kolam kejap lagi..
dah settle breakfast, kami menuju ke reception kaunter untuk request transport bagi membawa kami naik ke infinity pool yang terletak nun di atas puncak resort nie.. actually nak jalan kaki pun boleh jer tau..tapi memandangkan budak kecik tu ada memang tak nak la,buat semput jer nanti..hehehe..lagipun memang ada servis hantar/ambil kan..so bila lagi nak merasa macam 'mem' besar kan...hehehe
ok sesampainya kat atasssssss..............
Nahhhh terkesima terus tengok infinity pool dia yang dah la besar...sebesar-besarnya..ditambah lagi pulak dengan view yang superrrrr cantik!!!!! serius bikin i jatuh cinta!!!
best tau infinity pool nie..sangat-sangat privacy ok..masa kami mandi, tak dak orang lain pun kat sini..kami 3 beranak jer.. memang enjoy sakan la.. boleh berenang dan beramas-mesra.hahaha
view dari bahagian tengah pool nie.. memang betul-betul mengadap laut china selatan...
Uuwaaaa..speechless tau dapat tengok view yang cantik macam nie..
kami suka..suka..suka..suka semuanya yang ada di Damai Beach Resort!!
bersebelahan dengan kolam besar ada jugak kolam untuk kiddos yer..
dah puas mandi..bersihkan diri dengan mandi kat shower pulak..
puas hati la budak kecik nie dapat berendam sampai kecut..sampai dia sendiri surrender tak nak mandi dah..hehehe
Aduiiiihaii rindunya tempat nie..
view dari sudut yang lain pula..
InsyaAllah, next time kalau ada rezeki nak datang ke sini lagi..i nak stay kat bilik jenis suite nie pulak..nampak macam cantik jer kan..
begini la suasana di atas puncak resort nie..bersih..cantik..udara pun segar...rasa hilang semua stress yang dok ada..
time to check-out.. huhuhu..seriusssss masa nie rasa macam tak nak balik pun ada...sebab tak puas!!!!! menyesal stay 3hari jer.. sepatutnya kena stay 5 malam kat sini baru lah puas!
settle urusan check-out..berhenti kejap kat sini untuk bergambar kenangan kat pintu masuk Damai Beach Resort..
sebelum bertolak ke airport kami singgah sekejap di Damai Centra Santubong..sebab nak tengok statue Hornbill atau Burung Kenyalang yang terbesar sekali di Kuching, Sarawak nie.. tau dak..time nie panas lit-lit oiii...tapi gagahkan diri jugak berjalan sampai ke hujung sana semata-mata untuk bergambar..hahaha
cantik kan statue nie..
tak tahan panas lit-lit..so i menyorok kat bawah statue burung kenyalang nie..redup la sikit..hehehe..
ok maka dengan ini, tamatlah sudah percutian selama 3h2m sempena anniversary yang ke-13 kami di Damai Beach Resort, Kuching Sarawak...InsyaAllah jika ada rezeki, kami akan datang ke sini lagi.. =D
psst:-kalau berminat nak booking Damai Beach Resort boleh refer -----> SINI
With Love,
FarahGlanzDotCom