Quantcast
Channel: ♥ FarahGlanzDotCom ♥
Viewing all articles
Browse latest Browse all 112

Program Chefmanship Akademi di Pulau Pinang Sempena Hari Penjaja dan Komuniti Peniaga 2015 di Padang Kota Lama, P.Pinang

$
0
0
Program Chefmanship Akademi di Pulau Pinang Sempena Hari Penjaja dan Komuniti Peniaga 2015 di Padang Kota Lama, P.Pinang


Assalamualaikum..
Pada 21 November 2015 yang lalu, Unilever Food Solutions (UFS) telah melancarkan Program Chefmanship Akademi di Pulau Pinang bersempena dengan Hari Penjaja dan Komuniti Peniaga 2015 yang bertempat di Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pengendali makanan agar mereka boleh berjaya di dalam industri pemakanan. Melalui program ini mereka akan diberikan pendedahan serta tunjuk ajar tentang bagaimana untuk memupuk praktis yang betul di dalam meningkatkan kualiti makanan, perkhidmatan, kecekapan dan seterusnya berupaya menjadi seorang chef yang berkualiti dengan memberi penekanan kepada keusahawanan pintar.

Menurut Encik Matt Wilke, Pengarah Urusan UFS Malaysia berkata "Bagi kami, CA merupakan sebahagian Pelan Kehidupan Lestari Unilever dengan objektif untuk meningkatkan kesihatan, kesejahteraan dan tabiat menjaga kebersihan di Malaysia". 

Bukan itu sahaja, matlamat mereka juga turut tertumpu ke atas usahasama untuk bekerjasama dengan pengendali makanan di Malaysia bagi menangani kes-kes seperti deman kepialu, leptospirosis (pencemaran kencing tikus), cirit-birit dan keracunan makanan. Selain itu, UFS juga turut terlibat dan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Malaysia sejak dilancarkan pada tahun 2013 dengan penglibatan hanya 400 pengedali makanan pada permulaannya. Senarai penglibatan PBT termasuk Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan yang terkini Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Sebagai salah satu perniagaan perkhidmatan makanan utama di dunia, UFS telah membantu dan bekerjasama rapat dengan tukang masak, pemilik peniagaan dan pengedali makanan dalam memberi kepuasan kepada tetamu mereka melalui makanan yang memberikan inspirasi, rasa makanan yang enak serta menyihatkan dan berkhasiat. Kesemua ini akan memupuk keyakinan pelanggan untuk kembali semua.

********************************************************************************************************
PROGRAM CHEFMANSHIP AKADEMI DI PULAU PINANG

Sempena dengan hari sambutan Hari Penjaja dan Komuniti Penjaja 2015 ini juga, pihak UFS telah membuka booth bagi memperkenalkan Program Chefmanship Akademi dan juga rangkaian produk Unilever Food Solutions (UFS). Rasanya ramai yang sudah familiar kot dengan produk keluaran UFS..so tak perlu lagi la Farah bercerita dengan panjang lebar tentang produk keluaran mereka yer.. =D

FYI, Farah dan juga beberapa rakan dari #bloggerutaraoffical telah dijemput oleh pihak UFS untuk bersama-sama memeriahkan lagi booth UFS pada hari tersebut.


Antara aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan pada hari itu adalah seperti demo masakan, food sampling dan juga jualan produk UFS.. aktiviti ini turut dibuka kepada para pengunjung untuk mencuba produk terbaru keluaran mereka.

suasana di booth UFS yang sesak dengan para pengunjung...

Para pengunjung yang datang berkunjung ke booth UFS juga berpeluang untuk mencuba sendiri keenakkan makanan yang dimasak menggunakan produk keluaran UFS. Apa yang menariknya lagi tentang produk keluaran UFS adalah ia diperbuat daripada bahan-bahan sebenar yang dapat menaikkan keenakan asli tanpa perlu memikirkan tentang bebanan kos. 


Food Sampling..

Sesi Demo masakan oleh Chef Yang Ibrahim dan dibantu oleh chef yang dijemput khas dari group #bloggerutaraofficial..tak lain tak bukan Kak Sha!...hehehe..Menu yang mereka sediakan adalah Ayam Masak Kicap.. dan of coz la bahan-bahan yang digunakan adalah terdiri daripada rangkaian produk UFS..  Sambil memasak,Chef Yang juga turut berkongsi tips tentang cara penyediaan makanan, cara penyimpanan makanan dan cara pengiraan 'coasting' makanan yang dijual... 

Kak Sha...Chef of the day..=D


Siap sudah Ayam Masak Kicap.. sedap sampai rasa minta tapau bawa balik..hee

kita kasik zooommmmmm sikit!!! sedap oiiii secukup rasa..



Selepas nie pastinya hanya produk dari Unilever Food Solutions sahaja yang akan menjadi pilihan Farah kerana ia LEBIH PENJIMATAN, LEBIH LAZAT, LEBIH MASA UNTUK INSPIRASI, LEBIH BERSIH DAN KURANG BERISIKO! 

untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang rangkaian produk Unilever Food Solutions sila layariwww.unileverfoodsolutions.com.my


Last but not least, jutaan terima kasih kepada Mr.Thong, Mr.Raymond dan Ms. Angeline dari Integrated Public Relations kerana sudi menjemput kami, #bloggerutaraofficial ke Program Chefmanship Akademi ini. Setinggi penghargaan juga untuk team UFS atas layanan yang terbaik. InsyaAllah harapa dapat berjumpa lagi di Sungai Petani nanti yer.. =D



With Love,
Farah



Viewing all articles
Browse latest Browse all 112