Assalamualaikum...
Haii...apa khabar kesayangan semua? Harap semuanya sihat, gembira dan ceria selalu..
Tapi kan... ada kawan kita tu...muram durjana jer... kenapa tu?
Apa?? Muram sebab badan naik bagai dipam-pam?
Alahai... kesiannya kawan kita nie... tapi tu laa... Farah faham, siapa pun yang mengalami masalah macam ni tentu kena hadap macam-macam benda...Umpatan, kejian, kutukan...aihhh... sampai boleh stress dibuatnya kan!!
Tapi, tak kan laa sampai kiamat kita nak tadahkan sahaja telinga dengan semua benda nie kan? Kita kenalah juga ikhtiar supaya jangan biar benda nie melarat. Bab gemuk, boroi, belon dan sebagainya ni boleh di atasi dengan SYARAT, kita kenalah bersungguh-sungguh. Yer dak?
Okey lah, hari ni Farah nak share satu produk terbaharu yang.....InsyaAllah boleh membantu mereka yang menghadapi masalah kegemukan tanpa perlu berlapar atau diet bagai nak rak!
Produk kesihatan terbaharu dipasaran edaran Pharmaniaga!CITREX AMG!
Meh kita kenali apa itu CITREX AMG?
CTREX AMG merupakan makanan tambahan yang terdiri daripada gabungan bahan-bahan semulajadi yang unik seperti bijian ekstrak Mangga Afrika, Yerba Mate serta Garcinia Cambogia. Bahan-bahan ini telah dibuktikn secara klinikal bagi menyokong proses biokimia badan bagi membantu meningkatkan pengurusan berat badan secara semulajadi.
Ok...Kita dah tau 'asal usul'CITREX AMG, sekarang mari kita tengok apa pula keistimewaan CITREX AMGnie:
1. Mencegah makan secara berlebihan
2. Meningkatkan tenaga
3. Membakar kalori
4. Menjadi sumber serat dalam diet
Selain itu, CITREX AMG ini adalah produk BEBAS GULA (SUGAR FREE)
Anda juga patut mengetahui bahawa CITREX AMG ini TIDAK SAMA SEKALI MENGANDUNGI SIBUTRAMINE!
Apa itu SIBUTRAMINE?
Ia adalah sejenis ubat yang dipanggil sebagai perencat nafsu makan dan ia bertindak di otak dengan merencatkan pusat yang mengendalikan nafsu makan. Pengambilan ubat ini (tanpa nasihat doktor) boleh mendatangkan kesan sampingan seperti masalah pertuturan, masalah pernafasan, pening kepala, denyutan jantung laju, sukar menelan, bengkak-bengkak di muka, leher, tangan, bibir, mata serta kaki selain boleh menyebabkan unusual bleeding atau bruising.
Okey, macam mana nak ambil CITREX AMG nie?
Pastikan perut anda kosong pada waktu pagi dan malam. Kemudian bancuh sepeket CITREX AMG dengan segelas air kira-kira 200 ml. Pastikan suhu air berada pada suhu bilik atau boleh juga minum bersama air sejuk. Kemudian kacau hingga larut dan minum.
Untuk lebih jelas lagi, berikut langkah demi langkah untuk mengambil CITREX AMG:
Langkah 1: Waktu pagi
Ambil sepeket CITREX AMG (sebelum sarapan untuk mengawal tabiat pemakanan yang tidak sihat)
Langkah 2: Waktu tengah hari dan malam
Ambil 2 peket (sebelum makan tengah hari dan malam untuk dapatkan hasil terbaik selain mengamalkan senaman yang kerap)
Kerana rasa mangganya yang sedaplah Farah memang tak teragak-agak mengatakan ia pemakanan yang sihat untuk dapatkan tubuh yang ideal. Rasanya seperti minum jus mangga. dan yang paling penting, lepas mengamalkannya lebih kurang 2 minggu, tiada langsung rasa sakit perut atau perut mengulas. Cirit-birit apatah lagi! Buang air besar pun terasa lawas jer. Jadinya CITREX AMG nie terbukti dapat membantu menurunkan berat badan disamping mengamalkan senaman yang berterusan, InsyaAllah berat badan ideal yang diidamkan pasti diperoleh!
Jadinya tanpa ragu-ragu Farah nak syorkan kepada anda semua bahawa, produk ni harus dicuba kerana:
1. Bebas gula
2. Sumber diet serat
3. Hasil daripada sumber buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan.
4. AMG berada dalam kategori pemakanan sihat.
5. Tiada kesan sampingan
6. Meningkatkan metabolisme
7. Membakar lemak
8. Gabungan unik bahan-bahan yang terbukti secara klinikal untuk menyokong proses biokimia badan bagi menurunkan berat badan secara semulajadi.
Kawan-kawan boleh dapatkan CITREX AMG nie dari Pharmaniaga dengan harga RM75.00 untuk 28 sachet seberat 15 gram di Kedai DenaiHati:
With Love,
FarahGlanzDotCom