Quantcast
Channel: ♥ FarahGlanzDotCom ♥
Viewing all articles
Browse latest Browse all 112

Percutian Ke Seoul,Korea Pada Musim Bunga 2016 | Day 4- Last Part : Everland Park (에버랜드)

$
0
0
Assalamualaikum..
Akhirnya sampai juga di part terakhir bagi travelog percutian i ke Seoul, Korea tempoh hari...Fuhh legaa...dah boleh start next travelog pula la selepas nie.. Yayyy!

kat entri sebelum nie ada i bagi tahu yang pada hari last kami di bumi Seoul, kami terpaksa cover dua tempat yang boleh tahan jauhnya pada hari yang sama.. sebab tu lah awal pagi lagi kami dah keluar dan terus tour ke Nami Island..kami ada dekat sana sampai tengahari...then lepas lunch terus cepat-cepat naik feri kembali ke subway station untuk naik train ke Everland Park pula.. FYI, Everland Park nie adalah taman tema yang ada dekat Seoul....nak pergi ke sini, naik subway dan kena turun dekat Gangnam Station.. then keluar dari subway station kena ambil bas pula untuk ke Everland Park..

Perjalanan nak ke Everland Park nie mengambil masa lebih kurang 1 jam..so pada masa tu sempat la juga i krohhh..krohhhh kat dalam bas..dah letih kot sebab awal pagi dan keluar tour..tapi demi nak lengkapkan agenda percutian nie i gagahkan diri juga cover dua tempat sekaligus..lagipun bukan selalu nak datang kan.. so setiap masa yang ada kena manfaatkan dengan baik..


sesampai jer kat sini.. kita kena naik pula free shutte bas yang disediakan untuk ke Everland Park..actually dekat jer pun, around 7-8 minit jer dah sampai kat pintu utama..waktu kami sampai dah tak ramai orang..cuma beberapa kerat jer..kalau nak ikut, masa yang sesuai untuk datang ke sini adalah waktu pagi..baru lah puas nak cover semua permainan yang ada di Everland Park..tapi memandangkan masa yang kami ada teramatt terhad, so kena rushing la sikit.. tapi okay jer, yang penting dah sampai kat sini...

turun jer dari shuttle bas, terus cari kaunter tiket yang katanya boleh dapat harga murah sikit untuk tourist yang datang untuk berjimba kat sini...cari punya cari akhirnya jumpa juga walaupun pening2 dah melilau cari kaunter dia..hahaha...


untuk membolehkan kita dapat harga murah, syaratnya kita kena tunjuk flight ticket..then baru la kita layak dapat discount itu..so kalau nak datang sini, make sure bawa tiket sekali yer..


nah i tempek sekali harga tiket nak masuk ke Everland Park...

haishhh...kenapa lah penjaga kaunter pun segak sungguhhhh..hahaha..okay boleh nampak tak berapa total yang kami kena bayar.. harga tiket asal KRW174,000 untuk 4 dewasa.. then after discount kena bayar just KRW128,000.. ok lah kan..dah jimat banyak dah nie..


selesai urusan pembelian tiket terus serbuuu..tak sabar nak kembali menjadi kanak-kanak riang gembira di taman tema! 


dari pintu masuk kita boleh nampak pokok cantik nie..pokok nie siang cantik malam lagiiii la cantik tau..nanti picca suasana malam i share kat bawah yer..




FYI, Everland Park nie sangat luas tau.. ada macam-macam aktiviti yang kita boleh buat kat sini..


tempat pertama yang kami terjah adalah ke Zootopia.. tempat ni tak la besar sangat..tapi best la juga sebab kita dapat tengok haiwan2 secara dekat..

masa kami kat sini hari tu..orang ramai gila! kena que lebih kurang sejam baru dapat naik bas masuk ke dalam zoo nie..


begini la rupa bas yang kami naiki tu..




tapi kalau tak nak naik bas, boleh naik jip nie..tapi yang nie kena add on harga la..lebih mahal berbanding bas.. sebab jib nie khas untuk private jer.. so kalau nak rasa nak tengok binatang-binatang yang ada kat dalam nie dengan lebih mesraaaaa lagi boleh la naik jib nie yer..harga sorry i tak sure berapa..heee








part yg paling best masuk kat dalam air nie la... risau pun ada sebenarnya.. sebab kat sebelah kanan tu ada banyak ekor harimau yang tengah tunggu masa jer nak jadikan kita lauk...huhuhu.. tapi memang best la..dapat pengalaman tengok binatang2 yang ada kat sini secara terbuka begini...kita pula yang macam ****** sebab dok dalam sangkar! hahaha

sempat juga i berdoa dalam hati jangan la gajah2 nie naik minyak dan serang bas kami..heee


see.. bebas bersantai lagi tu haaa..




Part nie paling i teruja sekali.. si comel nie kemain manja sangat datang sua kepala kat celah tingkap bas kami..

geram tau tengok.. mata dia..aduhaiiii cair! comeyyy sangatttttt...




kat sini ada banyak lagi la haiwan2 lain..dari pemerhatian i, zoo kat sini dijaga dengan baik sekali.. tempat dia bersih dan haiwan2 pun semuanya bersih dan tidak menyedihkan macam zoo kat tempat kita...huhuhuh... jangan marah tau..tapi itulah hakikatnya..


jamu mata jer kat sini..nak membeli memang tak lah..mahaiiii okiessss..



lepas tengok binatang..kami naik benda ni ha... ok la not bad..best la juga..cuma track dia terlalu pendek..rasa tak puas pula..heee




keluar jer terus sejukkan tekak.. sedap sangat aiskrim depa..




tak tahu kenapa rumah hantu nie tutup masa kami datang.. baru nak acah2 seram kat dalam and boleh peluk edy nanti..hahaha.


ada berani nak main tak??? i tengok track pun dah serammm.. so jangan harap la i nak naik..sakit jantung mampuihhh...hahaha






tengah tunggu turn masuk ke alam lain.. tapi tak seram sangat pun...but okay lah...ada banyak lagi games yang sempat kami cover..tapi dah tak daya nak ambil picca dah..lemau habis badan..tapi bila fikir bukan selalu nak dapat peluang datang ke tempat macam nie so kami gagahkan diri juga walaupun mata dok terbayang tilam dan bantal dah...heee


FYI, acara kemuncak kat Everland Park ni adalah acara penutup yang menampilkan persembahan kereta berhias dengan cahaya lampu yang bergemerlapan dan diikuti dengan tarian yang pastinya membuatkan kita tak berkelip mata.. seriously sangat terhibur!!! so kalau datang ke Everland Park sila tunggu sampai malam untuk menikmati persembahan ni okay...



lawaaa tersangat lawaaaa... berkilau2 jer..konsep lebih kurang macam kat A'Famosa Resort tu.. tapi yang nie double tripple best lagi la..


suasana malam di Everland Park.. amat cantik dengan kilauan cahaya lampu di mana-mana.. kawasan Everland Park nie sangat besar tau..kami hari tu sampai tersesat tak jumpa jalan keluar.. dan la hari dah malam.. jenuh melilau cari jalan keluar..tanya orang merata..tapi akhirnya dapat juga keluar..pening-pening lalat dah masa tu.. hehehe..pengalaman sungguh..dalam taman tema pun boleh tersesat...hahaha





lawaaa sangat kat sini..sayang i tak bawa kamera dslr..kalau dak lagi jelas la picca nie.. nie snap guna kamare hp jer.. 









hahh nie la pokok petang tadi tu..bila malam lagi lawa kan suasana dia...




kat sini paling ramai orang bergambar dan kami pun tak terkecuali..nak juga posing dekat istana ala-ala citer fairy tales nie..


setelah puas berjimba dekat sini, kami melangkah keluar dengan hati yang berat..Everland Park nie wajib tau dimasukkan dalam itinerary kalau bercuti ke Seoul, Korea.. sebab memang best.. kalau bawa anak pun sesuai sangat.. i sepanjang kat sini dok teringat kat Emir Daniyal..kalau bawa dia mesti dia suka tempat nie.. hurmm..InsyaAllah maybe next time.. 

Keesokannya, check out dari hotel..kami minta tolong hotel panggilkan taxi charted dari airport.. harga sama macam datang hari tu juga.. mahal sikit tapi yang penting selesa la..sebab barang hasil shoppingan pun banyak...heee


Alhamdulillah urusan check in semua berjalan lancar..tak ambil masa yang lama pun kat sini.. dan satu lagi, if u all shopping tak sini jangan lupa claim balik tax sebelum balik tau.. tapi semua resit-resit kena tunjuk sebagai bukti pembelian.. so jangan lupa claim.. rugiiii la kalau tak claim.. 


Bubyyeee Seoul, Korea sehingga berjumpa lagi..

Okay, overall bagi i Seoul, Korea adalah sebuah negara yang wajib u all datang sebab negara 4 musim nie ada banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi.. i dah try pergi pada musim bunga.. jadi memang banyak la bunga-bungaan yang berkembang mekar di sepanjang jalan.. InsyaAllah jika ada rezeki, i nak datang pada musim luruh pula.. katanya musim nie yang paling cantik sekali.. InsyaAllah kena start menabung dari sekarang lah..heee.. 

Tamat sudah yer travelog percutian i ke Seoul, Korea selama 5h4m pada musim bunga!!! 


With Love,
FarahGlanzDotCom


Viewing all articles
Browse latest Browse all 112