Quantcast
Channel: ♥ FarahGlanzDotCom ♥
Viewing all articles
Browse latest Browse all 112

WEEKEND GETAWAY BERSAMA KELUARGA KE THE HAVEN PREMIER LAKESIDE RESORT HOTEL IPOH

$
0
0
Assalamualaikum and Haiii...
Biasanya hujung minggu i akan plan short getaway bersama keluarga.. selalu kami akan pilih tempat-tempat yang berdekatan sahaja..sebab kalau nak ke luar negara pastinya kena cuti yang lebih panjang.. lagipun tempat-tempat menarik di dalam Malaysia sendiri pun masih banyak lagi yang belum diterokai..

Memandangkan cuti minggu yang tak panjang jadi kami memilih untuk short vacation di Ipoh jer.. sebab jarak perjalanan dari rumah hanya memakan masa selama 2 jam sahaja.. sebelum bercuti ke sana, tugasan mencari hotel menjadi tanggungjawab i.. family i memang serah 100% kepercayaan kepada i mencari lokasi percutian singkat yang best untuk kami sekeluarga bersantai dan relax.. dan biasanya Mr.Google la yang banyak membantu..kemudian dah dapat tempat yang menambat hati i akan membuat tempahan di website Traveloka Malaysia . Kenapa TravelokaMy menjadi pilihan i..sebabnya website dia sangat mesra pelanggan dan yang paling best selalu ada voucher discount untuk kaki travel macam i.. heee terbaik lah TravelokaMy..thumbs up!

Okey dah siap buat tempahan di TravelokaMy...apa lagi packing kain baju lah! Kali nie i pilih tempat percutian yang back to nature sikit.. sebab nak hilangkan stress setelah seminggu bekerja.. so nak refresh balik dan nak sedut vitamin semulajadi banyak-banyak supaya aura positif dapat menyerap masuk semula.. haa gituuuuuuu... so dimanakah hotel pilihan bagi short getaway i sekeluarga nie..okay jom layan gambar kat bawah!


Tadaa!!! Kami sekeluarga memilih untuk bercuti di The Haven Premier Lakeside Resort Ipoh!


Dari rumah kami bertolak around pukul 10.00pagi dan tiba kat sini lebih kurang pukul 12.15tghari.. sampai jer kena register dulu dekat guard post.. kat sini ada seorang security berbangsa india yang akan sambut kita dengan memberikan info lengkap mengenai resort nie.. memang terbaik la servis yang diberikan oleh beliau.. terasa kita sangat dialu-alukan kat sini.. dari pintu masuk pun dah layanan terbaik macam nie, pasti kat dalam lagi terbaik betul tak.. yes memang betul pun.tak ada yang tak bagus melainkan bagus belaka.. hee

masuk jer kat dalam kawasan resort terus terkesima dengan keindahan environment yang terpampang kat depan mata..very-very back to nature tau..Ohsem!

pic credit:- Traveloka
unit rumah yang kami sekeluarga dapat pun sangat-sangat bersih dan selesa.. kami buat tempahan unit rumah yang mempunyai 3 buah bilik..maklum lah family ramai..settle urusan check-in, anak-anak dah tak sabar nak ajak turun ke bawah.. anak-anak dan swimming pool memang tak dapat dipisahkan. selagi kita tak mengiyakan permintaan mereka, selagi tu la mereka mendesak.. so penat travel ke sini kena tolak ke tepi demi untuk membahagiakan anak-anak tersayang..

Cuaca sepanjang 2H1M kami kat sini..Alhamdulillah baik..tak hujan..tapi panas lit-lit jer..hehehe


Antaranya yang menjadi tarikan utama di The Haven Premier Lakeside Resort Ipoh ini adalah swimming pool mereka lah.. sebab tersangat la besar, cantik dan yang paling best mengadap tasik..



Terdapat 3 section pool kat sini.. 1st main pool..2nd pool kanak-kanak yang lengkap dengan gelungsur air dan yang ke-3 adalah pool jakuzi..setiap pool yang ada memang besar dan luas..keadaan pool juga sangat bersih..




Tak dapat i nak gambarkan bertapa cantiknya environment kat sini,.. suasanya sekelilingnya menghidangkan panoramo yang menghijau jer..bertambah cantik ada seketul batu kapur besar kat tengah-tengah tasik tu.. itu yang buat bestnya mandi sambil menikmati keindahan batu kapur yang besar di depan mata..






Anak-anak mandi sepuas hati..sampai ajak naik pun tak layan dah.. 




The Haven Premier Lakeside Resort Ipoh bukan hanya sesuai untuk bercuti bersama keluarga saja yer.. nak jadikan resort nie sebagai tempat untuk honeymoon or celebrate anniversary pun sangat sesuai.. memang suasana kat sini relax dan tenang yang pastinya dapat menyemarakkan lagi rasa cinta pada pasangan kita.. trust me okay!

kami pun tetap tak nak melepaskan peluang untuk fefeeling honeymoon juga kat sini..heee

Meh layan video aktiviti pool kami kat sini..


yang nie salah satu lagi pengalaman menarik sewaktu di sini..ada 'dinosaur jadian'yang akan menghiburkan kanak-kanak yang berada di kolam renang.. bagus juga cara begini.. kanak-kanak suka ibubapa gembira! dan sudah pasti kebarangkalian untuk datang semula kat sini adalah tinggi..sebab layanan superb!

 
Antara tarikan lain yang terdapat di sini.. memang menarik sangat..


Selain itu, terdapat juga taman permainan untuk kanak-kanak bermain.. jadi tak rasa bosan langsung berada kat sini kerana banyak aktiviti-aktiviti yang kita boleh buat kat sini...



  Tenang sangat.. kalau boleh hari-hari nak suasana menghijau macam nie jer..

Tahu tak selain aktiviti di kolam renang, resort nie juga ada tempat yang boleh kita jalan-jalan sambil menikmati udara yang segar..dan boleh menjadi terapi untuk hilangkan stress yang ada.. kalau ke sini, sila ambil peluang berjalan-jalan menyusuri jambatan nie untuk naik ke atas..

sini! kat sini kita boleh berjalan-jalan sambil mendengar bunyi cengkerik dan burung.. terasa tenang jer tau.. 

  
Meh layan video kami ronda-ronda kat sini pula..


memang tak rugi berjalan ke sini okay..sebab dari sini kita dapat melihat keindahan keseluruhan tempat nie dengan lebih jelas..memang sangat cantik..


kawasan lapang yang boleh juga untuk kita bersantai..



dan begini lah suasana malam kat sini.. cantik bukan? pic credit:- TravelokaMy

Keesokannya dengan hati yang berat terpaksa check-out dari sini.. tapi yang pasti ini bukan lah kali terakhir kami menginap di sini.. InsyaAllah jika berkesempatan akan datang semua ke sini..

kami sekeluarga sangat enjoy sepanjang berada di sini.. dan yang pasti kami pulang dengan membawa kenangan yang terindah.. Overall i kasi 5 bintang untuk percutian kami di sini..walaupun hanya percutian singkat tapi sangat bermakna!


Haa macam mana??? rasa teruja juga nak bercuti kat sini?? actually i dapat banyak pertanyaan dari rakan-rakan semasa i post gambar-gambar percutian nie di Instagram dan Facebook..so untuk menjawab semua pertanyaan itu, meh sini i share kat mana nak buat tempahan yer..


untuk tempahan sila layari:-
www.traveloka.com/en-my/


psst:-Siapa nak join #MYTravelAdventureLocal Blogger Contest anjuran #TravelokaMY still boleh lagi yer..cepat submit cerita u all sebelum pukul 11.59mlm nie..All The Best!!


WithLove,
FarahGlanzDotCom

Viewing all articles
Browse latest Browse all 112