Balik dari Korea..family ajak pi makan durian kat port biasa kami setiap tahun...di Dusun Durian Uncle Ah Chun Balik Pulau.. memang kalau tiba musim durian kat Penang..dusun uncle nie la yang akan menjadi pilihan kami..kami lebih suka datang lepak makan durian kat sini berbanding beli durian kat tepi-tepi jalan..kecuali kalau rasa teringin dan mengidam yang maha hebat baru la beli juga durian yang orang jual kat tepi jalan..
bukan demand or apa yer..tapi pengalaman yang sudah-sudah buat rasa serik nak membeli durian macam tu.. kadang tu beli 5 biji..balik rumah kopek yang elok cuma sebijik dua jer..so rasa rugi sangat.. sebab tu lah kami lebih suka datang makan kat dusun durian nie terus.. sebab boleh terus kopek makan kat sini..uncle Ah Chun tu pun bagus orangnya..kalau ada durian yang tak elok or busuk, dia akan ganti dengan yang durian elok..dan yang pasti suka makan durian kat sini of coz la sebab buahnya yang fresh punya..yg baru jatuh! so kualiti isi memang terbaik lah!
Dusun Uncle Ah Chun nie boleh tahan besar juga tau..ada banyak jenis durian kat sini..dari yang murah sampai lah yang mahal..
yang bestnya lagi kat sini..kita just bagi tahu berapa anggaran harga yang kita nak..contoh hari tu i request nak makan durian around RM300.. so durian yang kami dapat macam kat dalam bakul tu haa.. i minta campur-campur durian yang biasa dengan durian yang luar biasa macam kucing tidur!
Nasib baik la Emir Daniyal nie pun hantu buah..tak kira buah apa semua dia bedal.. durian pun sama.. favorite dia juga..
excited nak pegang durian juga.. risau i tengok... takut terlepas kena kaki dia jer.. sebab tu i minta Edy dok kat sebelah..
begini la rupa isi durian kat sini..ada lagi yang color oren..tapi tak dan nak snap adik-adik dah bedal makan.. haishhh..tak menyempat!
kat sini juga ada disediakan meja dan air mineral untuk kita.. kami hari tu siap tapau nasi lagi kat kedai nasi kandaq.. sebab nak makan dengan durian.. sapa biasa macam nasi durian sep sikit! makan dengan pulut i kureng sikit.. tapi kalau makan dengan nasi...sedappp menjilat jari weiiiiiiiii
Dah kenyang makan durian terus ke homestay yang i dah tempah.. alang-alang dah mai Penang biasanya kami akan stay semalam kat sini.. yang lucunya selepas beransur dari sini..masing-masing dok gilir-gilir lepaskan wap durian.. jenuhhhhhh dok tutup hidung.. hahaha
Kali nie homestay yang menjadi pilihan i adalah di Putra Palace Condo Penang..lokasi dia dekat Bayan Lepas.. satu jalan nak ke Queensbay Mall.. urusan check-in semua smooth jer la.. i kalau datang short vacation dengan family memang akan prefer duduk kat homestay..sebab lebih jimat.. dan homestay tu mestilah harus menepati tahap piawaian i dan yang penting wajib ada pool..sebab nak bagi anak-anak happy..
Dan dekat homestay nie memang ada swimming pool.. hurm pool kat sini okay la.. tapi gelungsur air tu macam dah uzur sikit.. satu lagi apa yang i perasan pool untuk kanak-kanak dah macam tak terjaga dah..sebab tu mandi sekejap jer kat sini..terus ajak anak-anak....
berendam kat pool jakuzi nie pula!
saiz jakuzi nie tak lah besar sangat..tapi okay lah cukup-cukup untuk kami sekeluarga.. btw main pool dia okay..bersih..tapi tu lah tak sesuai pula untuk anak-anak nak mandi..
so kami just berendam kat dalam nie jer la sampai kecut!
pemandangan dari atas..
syiokkk sebab buih dia kuat! hilang terus lenguh-lenguh badan..
Selain pool..kat sini ada juga taman permainan untuk anak-anak bermain..overall bagi i okay la stay kat sini..i kasi 3/5 bintang!
malam tu tak dak buat apa, kami just jalan-jalan cuci poket kat Queensbay Mall jer..lepas tu dinner kat Hammer Bay..makan ikan bakar..sedap tapi harga agak pricey juga la..
So okay itu jer la aktiviti yang kami buat sepanjang 2H1M kat sini.. Next tunggu! banyak lagi sebenarnya Weekend Getaway kami kat Penang nie.. nanti la i share satu-persatu na..
So buat u all yang plan nak stay kat homestay nie..meh i share link..jangan lupa register guna link yang i bagi nie if u all nak dapat discount sehingga RM105! Haa best kan..dah boleh jimat banyak tau!
So meh cepat register di:-
(dan selesai register seach jer Putra Palace Condo Penang)
Bye!
With Love,
FarahGlanzDotCom