Assalamualaikum dan Hai!!!
Meh nak sambung travelog hari ke-2 di Ho Chi Minh City..
Aktiviti kami pada hari ke-2 adalah tour ke Delta Sg.Mekong..tour ni dah termasuk sekali dalam pakej yang kami bayar..boleh pilih nak ke Sg.Mekong or Chu Chi Tunnels.. awalnya tu kami plan nak ke Chu Chi Tunnels jer..tapi tour guide cakap best lagi ke Sg.Mekong so kami follow jer lah..bukan nak tour sangat pun kekdahnya..datang HCM nak shopping jer..hahaha..tapi alang-alang dah sampai singgah la kejap buat kenang-kenanganss...
Perjalanan dari Ben Thanh Market ke Sg.Mekong mengambil masa lebih kurang 2 jam sahaja..so sebelum bertolak kami singgah breakfast dulu dekat satu lagi restoran halal yang ada kat sini.. kat mana??? teruskan membaca sampai habissss na..ahaaaaaa
![]() |
excited dah nak pi jelajah ke Sg.Mekong! |
RESTORAN HALAL DI HO CHI MINH
Kami breakfast di Restoran Hajah Basiroh...lokasinya terletak di Ben Thanh Market..bersebelahan jer dengan restoran yang kami dinner semalam..
Bagi i Restoran Hajah Basiroh ni lebih selesa kalau nak compare dengan Restoran Hj.Osman yang kami dinner semalam..ruang kat sini lebih tersusun dan kebersihan memang tip top.. no wonder la ramai orang Malaysia lebih prefer makan kat sini yer..
Dari segi taste pula, bagi i okay la not bad.. sedap dan boleh diterima dek tekak walaupun pada mulanya i agak terkejut sikit tengok saiz kuey teow dia yang besar gedabak macam tu..hahaha
dari segi harga pula, Restoran Hajah Basiroh ni lebih mahal sikit berbanding Restoran Hj.Osman..Hurm mungkin sebab dia famous kot..hahaha...tapi tak kisah la kan walaupun mahal sikit..yang penting halalan toyyiban yer dak.. heee
Seusai breakfast, kami meneruskan perjalanan ke Sg.Mekong..bosan gila dok dalam van yang kononnya ada WIFI tapi line serupa siputt vavisssss.. last-last i membuta jer lagi best..
Tengah sedap tido, nadia kejut i bangun sebab van stop kat sini... rasanya tempat ni macam R&R depa kot..sebab ada kemudahan toilet, tempat makan dan nak shopping pun boleh..tapi i tak membeli apapun just singgah segarkan diri jer..
Harga murah-murah.. RM7.00-RM10.00..boleh la kalau nak beli buat ole-ole untuk sedara-mara..
Around pukul 11.00 pagi, kami selamat sampai di jeti.. dari sini kena naik cruise untuk ke seberang sana...harga tiket dah termasuk sekali dalam pakej kami.. bukan tiket jer..lunch pun sama..so senang tak payah fikir lagi..
Masa kami sampai cruise memang dah ada tunggu kami..free seating..so suka hati la nak dok mana.. macam i kejap-kejap dok sebelah kanan..kejap-kejap dok sebelah kiri..hahaha..ciwi!
Fyi, Sg.Mekong ni adalah antara sungai terpanjang di dunia yang mengalir melalui 6 buah negara iaitu China, Myanmar, Thailand, Loas, kemboja dan Vietnam..Hurmm, okay ini sahaja la info yang sempat i dengar dari tour guide kami yang bernama Moon -dalam gambar cari aunty pakai baju color biru- ...lepas tu kami dah tak fokus pun apa yang dia membebel..sebab masing-masing dok sibuk selfie sana-sini..hahaha..padahal tak dak apa yang menarik sangat pun kat sini..huhuhu
APA YANG MENARIK DI DELTA SG.MEKONG???
Ada 4 aktiviti menarik
- Makan Madu
- Makan Buah sambil layan Awek Cun Nyanyi
- Naik Sampan
- Tempat Proses Kelapa
Check point yang pertama - taklimat ringkas dari Aunty Moon..dengar tak dengar jer dia dok cakap..tapi rasanya dia dok promo kaw-kaw la tentang kelebihan madu kat sini.. HAHAHA
acah-acah berani pegang jer ni..
kemudian, kami dijamu dengan secawan honey lemon yang segar..memang sedap betul awek Vietnam nie buat.. mesti ada rahsia tersembunyi nie..sebab terbeli juga sebotol madu kat sini..dengan harapan balik nak buat honey lemon macam kat sini lah..sekaliiii haremmm tak sama pun rasa dia.. nyampah!
Check Point ke-2 singgah kat sini pula..jarak dalam 150meter jer berjalan kaki dari tempat madu tadi..
kat sini kami dijamu dengan buah-buahan segar pula.. free jer tau semua... cuma ikut kita la kalau rasa nak sedekah sikit kat depa.. rasa segan juga kan nak makan free..dah la siap ada busker lagi yang menghiburkan kita sambil dok menikmati buah-buahan tu..so kalau ada extra sedekah pi la sikit..kesian juga..tengok depa pun bukan senang..huhuhu



- TRAVELOG KE HO CHI MINH -
- TRIP GEGIRLS KE HO CHI MINH, VIETNAM DENGAN BAJET RM398.00 SAHAJA UNTUK FLIGHT+HOTEL 3H2M DENGAN AIRASIAGO | DAY 1
- TRIP GEGIRLS KE HO CHI MINH, VIETNAM | DAY 2 | PART I - KEDAI MADU LEBAH DAN BUAH-BUAHAN
- TRIP GEGIRLS KE HO CHI MINH, VIETNAM | DAY 2 | PART II - NAIK SAMPAN DAN MELAWAT TEMPAT MEMPROSES COCONUT CANDY
- TRIP GEGIRLS KE HO CHI MINH, VIETNAM | LAST PART - HO CHI MINH CITY