Quantcast
Channel: ♥ FarahGlanzDotCom ♥
Viewing all articles
Browse latest Browse all 112

TRIP GEGIRLS KE HO CHI MINH, VIETNAM | DAY 2 | PART II - NAIK SAMPAN DAN MELAWAT TEMPAT MEMPROSES COCONUT CANDY

$
0
0
Assalamualaikum dan Haii!
Check point yang seterusnya...

NAIK SAMPAN @ SG.MEKONG

Orang kata kalau datang bercuti kat Vietnam tapi tak naik sampan maka tak lengkap la percutian itu..so sebab tu lah juga mengapa kami memilih untuk tour ke sini..sebab nak juga merasa bagaimana naik sampan ni haa..

Fyi, naik sampai nie tak ada entrance fee..terpulang pada kita nak bagi tip/sedekah berapa seikhlas hati kepada pendayung sampan yang biasanya mak dengan anak yang akan mendayung.. mereka nie orang susah tau..so anak-anak mereka semua dah tak bersekolah lagi sebab tak mampu..so terpaksa la walaupun diusia muda lagi mereka kena keluar bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga..




Satu sampan boleh memuatkan seramai 6 orang termasuk 2 orang pendayung..ada banyak sampan kat sini..so tak perlu tunggu lama..




mula tu cuak juga naik sampan nie..sebab tak ada life jacket disediakan.. dok fikir macam mana kalau sampan terbalik nanti.. tapi jangan risau sebab mereka semua dah pro..celah gigi depa ja setakat nak mendayung kita sampai ke jeti..



sepanjang menyusuri sungai nie kita dapat tengok suasana perkampungan mereka..sedih tengok..terlalu daif..tiba-tiba rasa insaf dan bersyukur sangat sebab kehidupan kita lebih selesa daripada mereka..








Akhirnya selepas 30 minit kami selamat sampai di jeti.. i memang salute kat kudrat mak ngn anak yang mendayung kami sampai ke jeti dengan jayanya...sikit pun tak bergoyang sampan kami tu..memang smooth jer.. so overall i memang enjoy la juga naik sampan nie walaupun tak ada pemandangan yang indah untuk dinikmati tapi tetap meninggalkan kenangan yang indah dan penuh keinsafan kat dalam diri.. huhuhu


MELAWAT TEMPAT MEMPROSES COCONUT CANDY


Check point yang terakhir adalah melawat ke tempat memproses coconut candy..tapi kat sini bukan ada jual candy jer.. barangan lain seperti cenderahati, komestik dan ubat kuat pun ada! tapi i tak membeli apa pun kat sini.. just jalan-jalan cuci mata jer..






Ini lah mesin memproses coconut candy tu... konsep lebih kurang sama macam orang buat dodol jer kekdahnya.. satu lagi yang i nampak kebersihan kat sini agak kurang memuaskan.. so sebab tu juga i fikir banyak kali nak beli ke tidak..hahaha..last2 memang tak membeli pun..











tapi kalau u all nak membeli silakan.. satu pack candy tu tak silap around RM10 jer kot..barangan lain pun murah-murah jer..








Ni haa ubat kuat tu.. dalam botol tu ada bangkai kala jengking and ular tedung..tapi i terfikir ada ke orang akan beli dan guna benda alah nie ekk????? huhuhu



Selesai sudah sesi jejalah kat sini, kami kembali ke bot yang telah sedia menanti.. naik jer bot terus dihulur sorang sebijik air buah kelapa...



Fuh! lega rasanya dapat basahkan tekak dengan air kelapa nie...macam tahu jer yang kami memang dahaga teruk dah kat tempat tadi....air kelapa nie pun free yer..or maybe dah termasuk dalam pakej.. 








Sampai kat pelabuhan, sebelum pintu keluar ada banyak kedai-kedai barangan menjual cenderahati.. tapi harga agak mahal..so better beli kat Ben Thanh Market jer nanti..






Sebelum kembali ke HCM City kami dibawa ke sebuah restoran halal untuk makan tengahari.. yang nie dah termasuk dalam pakej..sorry tak sempat nak tenung nama restoran nie sebab dah lapar teruk! hahaha.. 

Menu yang dijamu nampak macam kurang menarik..tapi rasa dia sedap!! paling i suka lauk ayam dia tu..macam masak paprik kot..tapi sedap la bagi i..menu simple jer tapi alhamdulilah kenyang..

Next kami dibawa melawat ke HCM City..okay bersambung lagi yer..Bye!

With Love,
FarahGlanzDotCom


Viewing all articles
Browse latest Browse all 112