Quantcast
Channel: ♥ FarahGlanzDotCom ♥
Viewing all articles
Browse latest Browse all 112

WONDERFUL! ASIA BY TRAVELOKA | PROMOSI POTONGAN SEBANYAK RM188 UNTUK HOTEL DAN PENERBANGAN MELALUI TRAVELOKA APP KE HO CHI MINH!

$
0
0
Assalamualaikum dan Hai!

Dekat entri lepas i dah pun kongsikan travelog percutian i selama 3H2M ke Bandar Ho Chi Minh...actually terdapat banyak lagi tempat-tempat pelancongan menarik yang ada di Bandar Ho Chi Minh...cumanya hari tu, i tak sempat nak cover kesemuanya kerana tempoh masa yang terhad..Seeloknya jika u all merancang untuk datang bercuti ke sini, pastikan tinggal selama 5 hari atau lebih..InsyaAllah pasti dapat cover kesemuanya..

Untuk info, Bandar Ho Chi Minh bukan sahaja terkenal dengan keindahannya tetapi ia juga mempunyai sejarah peristiwa perang abad ke-20 dan kesan penaklukannya..Disebabkan itulah ramai pelancong dari seluruh pelusuk dunia datang ke sini untuk melihat dan menikmati sendiri keunikan yang ada di negara ini..

Mari i senaraikan 7 tempat menarik yang wajib dikunjungi di Ho Chi Minh..


1.NOTRE DAME CATHEDRAL


Info:- Gereja Katolik ini dibina pada tahun 1880-an oleh kolonis Perancis. Terletak di Paris Square, nama Notre Dame diberikan selepas pemasangan patung 'Damai Notre Dame' pada tahun 1959.

Opening Hours: Daily 08:00 - 17:00
Address: 1 Cong Xa Paris, Ben Nghe, District 1, Ho Chi Minh City


2. SAIGON CENTRAL POST OFFICE



Info:- Pejabat Pos Utama di Ho Chi Minh adalah contoh hebat senibina kolonial Perancis, ianya masih mengekalkan keunikan senibinanya sejak dibuka pada tahun 1891. Bangunan itu masih berfungsi sebagai pejabat pos utama sehingga ke hari ni.. Menariknya lagi rekabentuk bangunan ini telah direka oleh Gustave Eiffel, yang juga mereka-bentuk Menara Eiffel di Paris.

Opening Hours: Daily 07:00 - 19:00
Address: 2 Cong Xa Paris, Ben Nghe, District 1, Ho Chi Minh City

3.WAR REMNANTS


Info:- Muzium Peninggalan Perang di Ho Chi Minh, pernah dikenali sebagai 'Muzium Perang Jenayah Amerika', Pertama kali dibuka kepada orang ramai adalah pada tahun 1975. Terdapat banyak gambar grafik dan peralatan perang tentera Amerika yang dipamerkan kat sini termasuk la helikopter dengan pelancar roket, sebuah tangki, pesawat pejuang, dan bom konvensional 6,800 kg. Semua senjata ini digunakan oleh tentera Amerika untuk melawan Vietnam pada satu ketika semasa peperangan yang terjadi dari tahun 1945 hingga 1975.

Opening Hours: Daily 07.30 - 12.00 & 13:30 – 17:00 
Address: 28 Vo Van Tan, District 3, Ho Chi Minh City 

4. HO CHI MINH CITY BITEXCO FINANCIAL TOWER & SKY DECK





Info:-Bitexco Financial Tower & Sky Deck ini terletak di tengah-tengah Bandaraya Ho Chi Minh dengan ketinggian 262 meter. Menara yang mempunyai 68 tingkat ini menawarkan pemandangan 360 darjah bandar dan kawasan sekitarnya serta bar langit yang hebat yang dipanggil Alto di mana kita boleh melihat keseluruhan Bandar Ho Chi Minh sambil menikmati koktel dan hidangan antarabangsa gaya tapas. Selain itu, kita juga boleh menikmati keindahan matahari terbenam di atas sini...

Opening Hours: Daily 09:30 - 21:30
Address: 36 Ho Tung Mau Street, District 1, Ho Chi Minh City


5.DELTA SG.MEKONG







Info:- Boat Tour ke Delta Sg. Mekong menawarkan pengalaman untuk melihat dengan lebih dekat kehidupan penduduk kampung di Vietnam. Di sini kita akan dibawa melihat cara penghasilan madu asli, mencuba buah-buahan tempatan yang segar, naik sampan sambil melihat suasana perkampungan orang Vietnam dan melawat ke tempat memproses coconut candy.


6. CHU CHI TUNNELS



Info:- Chu Chi Tunnels ni adalah sebahagian daripada muzium perang yang menunjukkan taktik askar Vietnam menyelinap ke bawah tanah untuk bersembunyi daripada dikesan oleh musuh pada sekitar tahun 1948. Tempat ini terletak di 70km barat laut dari Ho Chi Minh City...tapak bersejarah ini terdiri daripada lebih 120km terowong bawah tanah dengan beberapa pintu masuk, ruang tamu, dapur, kemudahan penyimpanan, gedung senjata, hospital, dan pusat perintah. 

Opening Hours: Daily 07:00 - 17:00 
Location: 70km northwest of Ho Chi Minh City

7. REUNIFICATION PALACE



Info:- Pusat pemerintahan bersekutu dan menjadi tempat di mana Vietnam Utara mengisytiharkan kemenangan dalam Perang Amerika. Pengunjung juga berpeluang untuk melihat sendiri di mana ruang bilik rahsia, dewan besar dan bunker perintah di mana Jenderal Ngo Dinh Diem menjalankan strategi perangnya di istana ini.

Opening Hours: Daily 08:00 - 11:00 & 13:00 - 16:00
Address: 135 Nam Ky Khoi Nghia, Ben Thanh, District 1, Ho Chi Minh City


WONDERFUL! ASIA BY TRAVELOKA | PROMOSI POTONGAN SEBANYAK RM188 UNTUK HOTEL DAN PENERBANGAN MELALUI TRAVELOKA APP KE HO CHI MINH!

Bagaimana, menarik bukan jika datang bercuti ke sini..pastinya u all dah teruja nak melancong ke sini kan...Haaa..buat u all yang memang sedang merancang untuk ke sini, ada tawaran menarik yang i nak kongsikan dengan u all semua.. 

Mulai 28 Julai (Jumaat) - 30 Julai (Ahad), selama 3 hari sahaja, Traveloka akan mengadakan promosi potongan harga sebanyak RM188 untuk hotel dan penerbangan ke Ho Chi Minh hanya melalui Traveloka app! Wow! best kan.. dapat jimat banyak dah tu..sememangnya tak diragui lagi, Traveloka adalah pakar dalam pelancongan di Asia, malah tawaran yang ditawarkan lebih hebat dari Matta Fair.. bukan senang tau nak dapat promosi harga sehebat ini.. 

Meh i kongsikan juga syarat untuk grab promo ni..
  • Hanya penerbangan ke Ho Chi Minh city (Vietnam) melalui Traveloka App sahaja
  • Buat tempahan penerbangan dahulu dan dapatkan potongan sebanyak RM50 (guna kupon SEAFLYHCM). Kemudian selepas pengesahan tiket, terima email untuk kupon potongan harga hotel sebanyak RM138. Minimum spend flight RM150 dan hotel RM300 untuk 2 malam.
  • Booking period (flight): 28 Julai (Jumaat) - 30 Julai (Ahad)
  • Booking period (hotel): selepas terima email selepas pembelian tiket penerbangan sah sehingga 31hb Julai.
  • Travel period: anytime
  • Harga terakhir yang ditunjukkan di Traveloka App adalah harga termasuk tax, tiada harga tersembunyi
  • Traveloka adalah app yang boleh dipercayai di Asia Tenggara dengan 15million muat turun (15million download)
  • Untuk destinasi lain, sila layari traveloka 
So jangan berlengah lagi..jom grab promosi terhebat ini hanya di Traveloka..untuk maklumat selanjutnya layari:-

With Love,
FarahGlanzDotCom


Viewing all articles
Browse latest Browse all 112