Assalamualaikum dan Hai!
Check point kami yang terakhir adalah melawat ke Bandaraya Ho Chi Minh..tour ini pun dah termasuk dalam pakej yer..mula tu hampir-hampir nak kena cancel tour ke sini..sebab hujan turun punya la lebattt...dalam van kami semua pakat dok berdoa, tolong la berhenti hujan.. tengok dekat-dekat nak sampai, Alhamdulillah doa kami dimakbulkan..heee..So, apa yang bestnya kat sini?? okay meh checkadaut!
NOTRE-DAME CATHEDRAL BASILICA OF SAIGON
Bangunan gereja katolik peninggalan zaman pemerintahan Perancis selama 100 tahun yang masih tersergam utuh kat sini.. Gereja ni juga adalah yang tertua sekali di vietnam...dan sekarang ia menjadi salah satu tempat tarikan utama pelancong yang datang dari seluruh pelusuk dunia untuk melihat sendiri keindahan senibinanya...kiranya bangunan ni adalah mercu tanda yang wajib diterjah jika datang ke HCM..terjah untuk selfie jer lah...hee
berhadapan dengan gereja nie pula, terdapat sebuah taman cantik yang dihiasi dengan bunga-bunga matahari yang tumbuh harum dan mekar...maka tak hairan la jika tempat ni sesak dengan ramai pelancong dan juga penduduk tempatan sendiri yang datang untuk beriadah bersama family..
SAIGON CENTRAL POST OFFICE
Tidak jauh dari Notre-Dame Cathedral Basilica of Saigon, terdapat bangunan yang juga menjadi satu lagi mercu tanda di HCM iaitu Saigon Central Post Office.. Yaa..for info, bangunan yang tersergam indah tu adalah sebuah pejabat pos! tetapi yang menarik tentang pejabat pos ini adalah kerana senibinanya yang sangat unik..Ianya bercirikan senibina Gothic apabila Vietnam menjadi sebahagian daripada Indochina Perancis pada awal abad ke-20!
![]() |
mula tu i ingatkan stesen keretapi..tapi rupanya pejabat pos daaaaa! |
HARD ROCK SHOP HO CHI MINH
Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Hard Rock Shop yang ditunggu-tunggu oleh Nina!! dulu i minat la juga kumpul koleksi barangan Hard Rock nie..tapi sekarang dah malas nak mengumpul.. lagipun tak dak yang betul-betul berkenan dihati.. design yang sama jer kat mana-mana Hard Rock pun.. beza tang nama negara jer... so kami just layankan jer la nina memborong sakan kat sini..heee
![]() |
i jadi tukang pegang baju jer untuk Nina..hahaha |
Settle shopping dekat Hard Rock Shop, kami kembali ke van dengan melalui jalan ni..menarik juga tau suasana kat sini.. sebab terdapat banyak deretan kedai-kedai buku dan cafe yang i rasa sangat chill untuk bersantai sambil membaca dan mengopi!
SHOPPING KAIN COTTON DAN KAIN LACE
DI BAZAR BEN THANH MARKET
Oleh kerana esok dah nak balik..kami mintak tour guide drop kami sekali lagi di Ben Thanh Market...semalam tak sempat nak terjah kat bahagian dalam market ni sebab dah tutup..Fyi, market ni beroperasi dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang sahaja..malam tak ada sebab Night Market pula yang akan take over..
Kat dalam Ben Thanh Market ni tak kurang best juga tau.. macam-macam barangan ada dijual seperti kain cotton, kain lace, hiasan rumah, pakaian lelaki dan wanita, pakaian budak, kasut dan banyak lagi.. dan yang pasti harga kita still boleh tawar-menawar untuk dapatkan harga yang berbaloi2..
keadaan kat dalam market ni agak sempit dan crowded gila! so bertabahlah kalau nak shopping kat sini..heee

tak cukup shopping kat dalam market, kami terjah pula kedai kain cotton kat sini.. tempat nie terletak berhadapan jer dengan Ben Thanh Market tu.. kain cotton kat sini jauh lebih berkualiti tapi harganya lebih mahal sikit berbanding yang dijual kat dalam market..normal la kan kat sini kena bayar sewa kedai lagi..lagipun tempat pun selesa ada aircond..
RESTORAN HALAL HAJAH AY SAH DI BEN THANH MARKET
sebelum balik hotel kami siggah dinner dulu dekat satu lagi restoran halal di Ben Thanh Market... dan di antara 3 restoran halal yang i singgah..restoran ni yang paling win! baik dari segi tempat,makanan dan harga..
![]() |
roti telur..lain sikit pada roti telur kat tempat kita..hahaha.. tapi rasa dia sedappp ya amat! makan sekali confirm balik Malaysia akan teringat-ingat.. |
LAST DAY DI HO CHI MINH
Awal pagi tu kami keluar breakfast dan sempat lagi pi repeat shopping kat Ben Thanh Market untuk yang terakhir kalinya..hahaha..
Overall trip ke Ho Chi Minh selama 3H2M ni memang ohsem dan InsyaAllah jika ada rezeki lagi pasti akan ke sini lagi..
Yayy, tamat sudah travelog i ke Ho Chi Minh!!!!!!
- TRAVELOG KE HO CHI MINH -
- TRIP GEGIRLS KE HO CHI MINH, VIETNAM DENGAN BAJET RM398.00 SAHAJA UNTUK FLIGHT+HOTEL 3H2M DENGAN AIRASIAGO | DAY 1
- TRIP GEGIRLS KE HO CHI MINH, VIETNAM | DAY 2 | PART I - KEDAI MADU LEBAH DAN BUAH-BUAHAN
- TRIP GEGIRLS KE HO CHI MINH, VIETNAM | DAY 2 | PART II - NAIK SAMPAN DAN MELAWAT TEMPAT MEMPROSES COCONUT CANDY
- TRIP GEGIRLS KE HO CHI MINH, VIETNAM | LAST PART - HO CHI MINH CITY
With Love,
FarahGlanzDotCom